Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com

Wednesday, February 07, 2007

Diari Editor

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua pengunjung laman blog saya yang tak seberapa ini. Diharap anda semua dalam keadaan sihat & ceria2lah selalu.
Alhamdulillah, kita kini telah berada di dalam tahun baru 2007. Uniknya,tahun baru kali ini disambut dengan takbir raya sempena Hari Raya AidilAdha yang jatuh di penghujung 2006. Tersentuh hati saya. Itu sebenarnya lebih baik dari kita meraikan secara suka ria dengan letupan bunga api & pesta. Jika kita imbas kembali tahun 2006, pelbagai peristiwa2 yg kita telah pun kita dengar. Ada yang sedih, ada yang gembira.Antara yang paling diingat bagi kita semua pada 2006 lepas, adalah seperti isu kenaikan harga minyak, pernikahan Siti Nurhaliza dengan Dato' K, perceraian artis2 ternama, bencana banjir di selatan tanah air & kematian Saddam Hussien.
Walau apapun yang telah berlaku pada masa yg lepas, semoga segala yang buruk kita jadikan iktibar dan yang baik kita teruskan. Tahun baru 2007 datang dengan semangat baru. Azam pun tentulah baru. Begitu juga dgn diri saya. Masih banyak kekurangan dan ingin terus perbaiki diri. Semoga tahun 2007 ini akan memberikan kita kehidupan yang lebih baik dari masa2 yang lepas. InsyaAllah.. Selamat Tahun Baru 2007..

Gerakan Anti Gejala Sosial - Ulu Yam

Ulu Yam…. Hutan simpan yang menyimpan khazanah hutan yang berharga dan menjadi kawasan perkelahan serta perkhemahan seringkali menjadi tumpuan di kalangan penduduk di sekitar Selayang untuk menjalankan aktiviti riadah dan rekreasi. Sayangnya, Ulu Yam gagal dihayati malah disalahgunakan hingga menjadi tempat kepada pasangan-pasangan yang mabuk bercinta untuk berdua-duaan dan melepaskan nafsu amarah mereka. Krew GAGS telah melakukan pemantauan di beberapa tempat mandi yang berada di sekitar Ulu Yam. Situasinya tetap sama. Hanya segelintir sahaja yang datang secara berkumpulan mahupun berkeluarga, tetapi yang lainnya datang berpasang-pasangan. Tidak kira Melayu, Cina, India semuanya sama sahaja.
Malah mereka tidak segan-segan atau malu kepada pengunjung-pengunjung lain yang lalu-lalang. Sudahlah berdua-duaan di bawah pondok yang gelap, ada juga yang asyik berpegangan tangan dan berpelukan. Krew kami sampai naik jelak, nak muntah dan meluat melihat aksi mereka ni. Asyik sangat memadu asmara sampai kehadiran kami pun mereka tak perasan. Bukan tak perasan sebenarnya, tapi buat-buat tak perasan. Tidak kurang juga mereka yang berdua-duaan di dalam kereta, di atas motosikal dan juga di tepi-tepi jalan. Berdasarkan kajian dan penilitian yang dibuat, kami dapati rata-rata mereka yang berpasangan ini adalah dari kalangan anak muda dalam lingkungan 20-an dan remaja. Ada kemungkinan mereka ini tergolong dalam golongan pelajar.
Disokong dengan fakta dan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang menyatakan pelajar sekolah, IPT dan kolej swasta, diikuti kakitangan swasta termasuk pekerja kilang serta penganggur mengungguli tiga carta teratas maksiat sejak 2002 hingga 2004. Ini berdasarkan pemantauan kami kerana kami mendapati mereka ini ramai kelihatan ketika waktu bekerja berbanding dengan hujung minggu. Bahkan melalui pemerhatian saya, ada yang berkelah dari pagi hingga lewat petang. Apa yang diorang buat lama sangat pun tak tahulah. GAGS akan terus mengupas isu ini dan akan cuba mendapatkan pendapat orang ramai dan Jabatan Agama Islam Selangor sendiri mengenai isu ini.

Tuesday, January 23, 2007

Y2N Music & Entertaiment

M. Nasir




Siapa yang tidak kenal dengan nama ini. Sudah tentu nama ini sudah biasa kita dengari & dikenali oleh semua orang. Beliau merupakan seorang komposer, pencipta lagu, pencipta lirik & juga penyanyi yang hebat. Seorang yang serba boleh, multipurpose, berfikiran kreatif sepanjang masa. Beliau telah mencipta banyak lagu untuk penyanyi-penyanyi tanahair dari pelbagai genre dan rentak.Jasa beliau kepada perkembangan industri muzik tanahair amatlah besar & dihormati ramai. Setiap lagunya pasti ada tarikan dan keunikannya tersendiri. Malah banyak lagu-lagunya tersenarai dalamranking yang tinggi dalam carta dan memenangi pelbagai anugerah muzik. Ini membuktikan, M.Nasir bukan calang-calang orangnya.

Pada 22 Januari 2007 yang lepas, telah berlansungnya anugerah berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu yang ke 21 di Stadium Bukit Jalil. Lagu-lagu yang bertanding memang popular dan hebat-hebat belaka. Dalam anugerah itu, M.Nasir mempertaruhkan 2 buah lagu iaitu lagu Juwita Citra Terindah (solo) & Lagu Jiwa Lagu Cinta (duet bersama Mawi). Pada malam itu, M.Nasir telah memberi persembahan yang bertenaga untuk menyanyikan kedua-dua buah lagu itu. Ternyata M.Nasir masih hebat diatas pentaswalaupun beliau dianggap veteran @ senior dalam acara seperti itu. Akhirnya, lagu Juwita Citra Terindah menang dalam kategori Pop Rock mengatasi lagu-lagu lain termasuklah lagunya duetnya dengan Mawi- Lagu Jiwa Lagu Cinta. Walaupun lagu M.Nasir itu tidak berjaya menang keseluruhan dalam Juara Lagu, namun Juwita Citra Terindah tetap lagu yang hebat untuk dinobatkan sebagai juara kategori Pop Rock. Ia memang sudah berbaloi bagi M.Nasir dan peminat-peminatnya. Ini menunjukkan M.Nasir masih kukuh untuk berdiri terus dipersada seni suara walaupun dia dianggap orang lama.
Diharapkan M.Nasir akan terus dalam perjuangan industri muzik ini dan dapat mencipta banyak lagi lagu-lagu yang hebat. Sememangnya beliau tiada gantinya dan bukan calang-calang orangnya. Tidak ragu lagi, gelaran 'Sifu' memang sesuai bagi dirinya. Tahniah Sifu!.

Sunday, December 31, 2006

Fokus Semasa

Tenggelamnya Kota Tinggi...


Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting
* Sumber gambar dari akhbar-akhbar tempatan.

Saturday, December 30, 2006

Filem Pilihan Bulan Ini

Night at The Muzium



Photobucket - Video and Image Hosting





Pernahkan anda terfikir untuk berjaga malam seorang diri didalam sebuah muzium? Apa yang anda akan lakukan sekiranya apa yang terdapat disitu adalah 'hidup'? Itulah yang berlaku kepada Larry Daley (Ben Stiller) yang bertugas sebagai pengawal malam disebuah muzium.
Larry terdesak mencari pekerjaan demi menjaga hati anaknya yang selama ini menganggap ayahnya seorang yang hebat. Apabila dia mendapat pekerjaan sebagai pengawal di sebuah muzium, hidupnya mula berubah. Sebelum memulakan tugas buat kali pertama, Larry diberi tunjuk ajar & buku panduan oleh 3 orang warga emas yang mana bekerja dimuzium itu juga. Pada malam pertama saja Larry bertugas, suatu kejadian pelik berlaku.Tanpa disangka-sangka, semua patung2 & barang pameran di muzium itu menjadi hidup, boleh bergerak malah boleh bercakap dengannya. Keadaan ini memeranjatkan Larry dan dia terpaksa bersusah payah unutk menghadapi situasi itu. Pelbagai kejadian lucu & menarik sepanjang Larry menjalan tugas sebagai pengawal mlm dimuzium itu. Setelah diterangkan oleh patung lilin yang menyerupai Presiden Teddy Roosevelt ,barulah Larry faham apakah punca patung2 dimuzium itu boleh hidup. Puncanya dari sumpahan oleh bongkah emas milik raja mesir yang berada di muzium itu. Dan Larry baru sedar tugasnya yangsebenar adalah memastikan patung2 itu tidak keluar dari muzium itu. Jika tidak, dia akan mendapat kesusahan. Keadaan bertambah rumit apabila Larry mendapati bongkah emas itu telah dicuri orang.
Siapa yang curi? Apa akan berlaku? Dapatkah Larry menyelamatkan muzium itu?Segala jawapannya ada dalam filem ini dan ia pasti membuat anda tak kering gusi.

Wednesday, June 07, 2006

Y2N Art Corner - Tribute To Aweks


Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting